News
( 3 March 2013)
The
Bladetech Brotherhood seminars
in association with Jak Othman Kickboxing
& Martial Arts Studio (JOKMAS) Terengganu
History was made
on the 2nd March 2013, when JOKMAS Terengganu hosted their 3rd Bladetech Brotherhood seminar series. For the first time a 3 in 1 weapon
seminar by the world renowned blade expert Prof. Jak Othman attracted martial
arts enthusiasts from all over Trengganu and there were participants from Kuala
Lumpur and Johor Baru too.
The one day ‘Kerambit,
Kapak Kecil & Belati ’seminar which was held at Gong Badak Kuala Terengganu
kicked off at 9am with the professor introducing the Belati art of combat. His
speed, fluidity and precision of applying the techniques stunted the
participants. Watching those blinding speed cuts, slashes and stabs executed
skilfully just blown everyone away.
Belati is the
Malay knife fighting art which originated from the Keris and Badek fighting
system of Malay Silat. He introduced the fact that in order for one to defend
himself against a knife attack he must master the way of the knife. The chance
of surviving an attack by a skill knife fighter unhurt is zero. After 2 hours
of learning the methods, the participants were convinced that the belati
methods are very effective, sophisticated and no doubt realistic.
Next he moved on
to the art of Kapak Kecil. He introduced the history of the weapon which
originally from Java. It a daily tool of the Javanese ladies which turned
deadly when the need arise. The weapon was brought to Pattani by a family of
‘pandai besi’ from Madjapahit in the 15th century. Here it evolved
into an assassin weapon. It is believed that it is the predecessor of the
famous Kelantan kapak kecil. He introduced the fighting art of the weapon for
the first time in his award winning documentary ‘Inside silat’ which appeared
in the RTM National Geographic slot in 2009 and this is the first seminar where
he taught the kapak kecil fighting system to the public. The participants are
lucky to be among the first to learn it.
The techniques were beautiful to watch and the art is simply deadly.
After 2 hours of exploring the art, mastering the hacking and stabbing
techniques of this unique tool, the professor concluded the first part of the
seminar at 1pm.
After lunch and
Zohor, at 2.30pm sharp the seminar recommenced. The world renowned kerambit
fighting methods were taught by the professor. He is one of the fore fathers of
the kerambit internationally where he first introduced the art in United
Kingdom and Europe in 1985. Today, kerambit is world famous and renowned as the
martial arts weapon of the millennium.
This is the 3rd
kerambit seminar for JOKMAS Terengganu. The first two was hosted by the state
Pusaka Gayong Center with consent of Grandmaster Haji Omar. The participants
enjoyed every moment of it. The Prof. covered history, combat philosophies and
strategies, and of course the destructive techniques. He highlighted that it is
time Malaysian, especially the Malays martial arts enthusiasts should learn it.
It is world famous and it is about time everyone should know it is a Malay
weapon. The kerambit segment concluded the seminar and at 4.30pm the
certificate giving ceremony ended the fun, inspiring and smart seminar by
Professor Jak Othman.
There are talks
about doing seminars in Johor Baru, Melaka and Kota Kinabalu in the near
future. The dates and details will be announced soon. If God willing, the next ‘kerambit, kapak
kecil and Belati’ seminar in Kuala Terengganu will be on the Saturday 4th
May 2013 9am-4.30pm at the Grandmaster Haji Omar’s Pusaka Gayong Martial Arts
Centre. Interested participants can book their places by contacting Rahim at 010-9005921
, Shahidan at 013-9265084 or Faiz at
013-9851272 now.
Berita ( 3
Mac 2013)
Seminar Persaudaraan Bladetech kelolaan JOKMAS Terengganu
Seminar Persaudaraan Bladetech kelolaan JOKMAS Terengganu
Trengganu
menempah sejarah apabila JOKMAS Trengganu menjadi hos Seminar senjata 3 dalam
satu buat pertama kali pada 2 Mac 2013 yang lalu. Seminar kerambit, kapak kecil dan pisau belati
ialah sebahagian dari siri seminar persaudaraan Bladetech yang diterajui oleh pakar senjata bertaraf
dunia Professor Jak Othman. Seminar ketiga di negeri penyu ini telah dihadiri oleh para peminat seni
beladiri dari seluruh negeri Terengganu,
malah ada juga peminat dari Kuala Lumpur dan Johor.
Tepat jam 9 pagi
seminar 3 dalam 1 ini bermula di Gong Badak Kuala Terengganu dengan
aksi pisau belati. Kepantasan, kelicikan dan ketepatan gerak aksi Prof Jak dikagumi oleh semua yang hadir. Teknik
hirisan, potongan dan tikaman belati beliau sangat efektif untuk keadaan tempur sebenar.
Belati ialah senjata pisau Melayu yang punya konsep tempur
berasaskan seni Keris dan badek. Beliau mengutarakan fakta untuk seseorang itu
membela dirinya dari serangan pisau,dia mesti menguasai ilmu bertempur pisau. Ini ialah kerana peluang untuk melepaskan diri
tanpa dicederakan oleh pakar senjata pisau adalah kosong. Setelah dua jam
mempelajari teknik teknik belati, para hadiran kini ketahui bahawa teknik
bertempur pisau belati memang efektif, sophistikated dan sungguh realistik.
Seterusnya
senjata kapak kecil. Senjata ini berasal dari alat harian wanita Jawa yang serta
merta berubah menjadi senjata tempur jarak rapat apabila keadaan memerlukan begitu. Kapak kecil dibawa oleh
sekeluarga pandai besi dari Madjapahit ke Pattani pada abad ke 15. Ia melalui
proses evolusi menjadi senjata pembunuh upahan di utara semenanjung tanah
Melayu. Ia juga dipercayai menjadi ibu kepada model di Kelantan. Professor Jak
mula mendedahklan teknik tempur senjata ini
pada umum dalam dokumentari arahan beliau Inside silat yang keudara di
slot RTM National Geographic Channel pada 2009.Dokumentari ini mengondol 2
anugerah di Festival dokumentari Malaysia pada tahun yang sama. Inilah kali pertama
ilmu bertempur senjata unik ini diajar pada umum di Terengganu dan mereka yang
hadir amat bertuah mempelajarinya. Teknik kapak kecil sungguh merbahaya dan
mengerikan apabila dilakukan pada jarak tempur rapat. Setelah hampir 2 jam
peminat menuntut teknik hentakan,hirisan dan tikaman kapak kecil, Professor
mengakhiri segmen pertama seminar kerambit, kapak kecil dan belati di Kuala
Terengganu.
Selepas makan
tengahari dan Zohor, tepat jam 2.30 petang, bahagian dua seminar dimulakan
dengan Senjata kerambit . Kerambit kini terkenal di seluruh dunia dan
dinobatkan sebagai senjata seni beladiri alaf baru. Salah seorang pakar
kerambit yang mempelopori senjata ini
ialah Professor Jak sendiri. Beliau telah memperkenalkan senjata ini di united
Kingdom dan Eropah pada tahun 1985 dan terus mengajar di seluruh dunia sehingga
kini.
Ini ialah seminar
ketiga di Terengganu di mana teknik
bertempur kerambit diketengahan oleh beliau. Dua seminar sebelum ini
dihoskan oleh Kelab Silat seni Pusaka
Gayong UNIZA dan gelanggang pusat dengan
kerestu Grandmaster Haji Omar orang no. 1 Pusaka Gayong Terengganu. Para
peminat yang hadir sungguh teruja dengan kehebatan ilmu bertarung dengan
kerambit ini. Beliau mengutarakan sejarah asal usul, falsafah bertempur dan
teknik teknik senjata ini. Kini kerambit telah terkenal diseluruh dunia. Anak
Melayu sepatutnya berbangga senjata Melayu disanjungi oleh dunia. Selain dari berbangga,
Professor jak mengajak setiap anak Melayu dan Malaysia turut mempelajari ilmu
bertempurnya. Pada jam 4.30petang, sesi
kerambit mengakhiri Seminar 3 dalam 1 yang padat dengan ilmu persilatan kali
ini. Upacara penyampaian sijil diteruskan sebagai penutup majlis.
Sudah ada ura
–ura yang siri seminar persaudaraan Bladetech ini akan ke Johor, Melaka dan
Kota Kinabalu pada masa terdekat nanti. Kami akan utarakan tarikh, tempat dan
wakil JOKMAS untuk anda hubungi tidak lama lagi. Insyaallah seminar kerambit, kapak kecil & belati seterusnya di
Terengganu ialah pada 4 Mei 2013 yang bakal diadakan di gelanggang pusat Pusaka
Gayong Terengganu dengan restu oleh Grandmaster Haji Omar. Jangan ketinggalan. Sila
buat tempahan anda dengan menghubungi
Rahim( 010-9005921), Shahidan (
013-9265084 ) dan Faiz (013-9851272) sekarang.