KAPAK KECIL : SENJATA TUA WANITA KE SENJATA
ASSASSIN
oleh Pendita Jak Othman
Apabila disebut
kapak kecil ramai akan terbayang senjata kecil yang terkenalkan di Kelantan
dan utara semenanjung. Kepak kecil,
kapak Siam, kapak binjai manis dan kapak bungkus ialah nama nama yang sering
digunakan untuk mengenal pasti senjata assassin yang sungguh digeruni di sana.
Sebenarnya ia adalah senjata sulit yang diimpot dari tanah Jawa.
Sejarah
Menutut kajian
saya di negeri Siti Wan Kembang @ Cek Mek Molek ni, saya akan utarakan secara
ringkas hasil kajian saya untuk rujukan bersama. Pertama sumber-sumber kajian
meminta saya rahsiakan identiti mereka diatas sebab –sebab tertentu. Harap
maklum.
Tahukah anda
kapak kecil ialah alat harian yang digunakan oleh kaum wanita jawa untuk
mengopek kulit pinang dan memotong buah-buah ketika bersantai. Model ini telah
di bawa oleh sekeluarga pandai besi dari Jawa yang berhijrah ke Pattani di
utara Semenanjung pada abad ke 15 apabila Raja Melayu Kesultanan Pattani
memohon jasa baik kerajaan Madjaphit bantuan untuk membuat senjata demi
mempertahankan negara dari ancaman Siam. Maka berpindah lah kapak kecil dari Jawa ke Pattani.
Kehadirannya
disambut baik oleh segelintir kaum tempatan yang mempeloporinya sebagai senjata
sulit. Salah seorang pandai besi itu Pandai Jenal@Joh tinggal di kampong Binjai
manis di Pattani. Dari beliaulah model
kapak binjai manis tercipta dan popular sehingga kini. Oleh kerana daerah Pattani kini menjadi jajahan Siam,
alat ini dinamakan kapak siam oleh orang-orang Melayu di utara semenanjung. In
memng satu kes lembu punya susu sapi yang dapat nama.
Kehadiran
keluarga pandai besi bangsa Jawa ini juga telah mempengaruhi pembikinan senjata
senjata di Kelantan Tua. Salah seorang keturunan pansai besi empat beradik
tadi, Pandai Mamat telah beerhijrah ke Kelantan dan aktif berkarya di tahuin
1700-1800. Maka lahirlah kapak –kapak model Kelantan yang di panggil Kapak
kecil, kapak bungkus dan kapak terbang.
Senjata Assasin
Reka bentuk dan
saiznya yang menjadi faktur utama senjata ini menjadi pilihan para pembunuh
upahan di Pattani dan Kelantan tua sejak kehadirannya di utara semenanjung. Pembunuh
upahan akan diberi maklum tentang mangsanya. Setelah dia membuat kajian tentang personaliti dan rutin
kehidupannya, baru dia memilih jenis kapak yang bakal digunakan dan membuat
keputusan tarikh, masa dan tempat untuk melakukan pekerjaannya.
Strategi yang
digunakan oleh kumpulan ini ialah ‘element of surprice.’ Tidak berlawan cara
berhadapan, malah memukul curi dari tepi, belakang atau dilontar dari jauh.
Cara umum ialah pembunuh jalanan akan menunggu mangsa di kawasan yang sunyi dan
gelap. Dia akan menyorok di belakang pokok, semak samun atau bangunan yang akan
dilalui oleh mangsa. Apabila mangsa melintasi dia akan mengapak di bahagian belakang atau tepi mangsa
memotong arteri leher atau urat tengkok yang akan segera merebahkan lawan. Ada
juga yang memilih dahi dan bahagian atas telinga sebagai sasaran jika ingin
mengajar bukan membunuh.
Kadangkala kerja
–kerja pembunuh upahan ini dilakukan dikelayak ramai di mana tempat yang
dipilih penuh sesak seperti di majlis keramaian. Dalam keadaan begini kapak
bungkus menjadi pilihan. Saiz nya lebih kecil dan dibungks dengan kain. Ia
dilakukan apabila jalan berselisihan atau dihentak saja dari belakang. Konsep
sasaran dan teknik Bahaman sama, bergantung pada hajat untuk mangsa mati atau
diajar supaya beringat selepas ini.
Jenis ketiga
ialah kapak terbang. Jenis ini dipercayai digunakan untuk membunuh atau
mencederakan mangsa yang dijaga rapi oleh para pengawal peribadi. Mata kapak
dilontar dari jauh pada bahagian kepala mangsa. Dari kajian yang saya kelolakan
dengan keturunan pembunuh upahan ini di Kelantan saya dapati terdapat dua jenis
kapak terbang. Pertama ia bertali. Menurut sumber ini kapak terbang bertali digunakan oleh pembunuh
yang ilmu kebatinan dan skil melontar yang tinggi. Kapak di lontar pada sasraan
dan apabila mengena ia akan ditarik kembali dan disambut oleh pembunuh pakar
itu. Jenis kedua ialah tanpa tali dan ia di lontar pada sasaran seperti bintang
shuriken ninja di Jepun. Kena tau tidak pada sasaran , mata kapak itu tidak
akan kembali pada tuannya.
Kesimpulannya di
Pattani dan Kelantan terdapat para pandai besi yang mewarisi ilmu pembikinan
senjata ini. Manakala kumpulan pembunuh
upahan mula pupus sejak 1970 di mana kerajaan Malaysia mengistiharkan senjata
ini sebagai senjata merbahaya dan di dapati bersalah jika di bawa dikelayak
ramai. Kini yang tinggal ialah keturunan pembunuh upahan sahaja yang tidak
aktif dan tidak lagi mewarisi ilmu assassin yang praktikan oleh bapa atau datuk
moyang mereka. Tapi yang nyata ialah kalau dilihat dari susun galur
Jawa-Pattani-Kelantan yang ujud ialah ilmu assassin tidak ilmu perangnya. Di
tanah Jawa kapak kecil ialah satu senjata tempur sulit seperti Kerambit dan
badek. Ilmu bertarung dengan senjata comel ini tidak ujud di sini. Saya
mewarisi ilmu bertarung senjata kecil ini dalam aliran HB dari seorang Srikandi
keturunan Jawa yang pakar dalam ilmu, sains dan teknilk bertempurnya.
Belajar dari Mak Intan
Saya mula
mempelajari ilmu kapak kecil ini setelah khatam kerambit dan belati dari kakak
saudara saya Hajah Ramintan Samingon di Gunung Ledang. Menurut beliau senjata
ini tidaklah sepopular belati atau kerambit tetapi bagi yang mengenalinya
pastikan akan jatuh cinta dengan kehalusan seni dan keberkesanan ilmu
bertempurnya. Pada penghujung bulan April 1986 saya mula menuntut ilmu kapak
jawa@ kapak kecil dari beliau.
Kebetulan ketika
itu saya sungguh kepingin untuk belajar ilmu assassin kapak kecil Kelantan yang
sering digelar kapak Siam di sana. Tetapi tidak berkemampuan dan tidak
kesampaian ketika itu. Saya berpeluang membuat kajian saya mengenai kapak versi
ini sejak 2005. Yang nyata kapak kecil HB ilah senjata tempur jarak sederhana
dan rapat yang sungguh hebat. Saya yakin bagi mereka yang mempelajarinya dalam
seminar-seminar saya pasti akan teruja dengan kesohoran senjata dari tanah Jawa
ini.
Kapak Kecil Ala Harimau Berantai
Menurut Srikandi
Hajah Ramintan Samingon, kapak kecil ialah ala santai srikandi Jawa. Untuk
mengenalinya dengan lebih dekat kita perlu mengenali anatominya. Pertama
matanya. Mata kapak Jawa lebih mirip Kapak binjai manis. Kepala atau bahagian
atas berbentuk empat segi, sangat sesuai untuk mengetuk, menepis dan menangkis
sasaran kaki atau tangan yang menyerang. Matanya tirus dan mengembang
kebawah. Dua bucu matanya tajam dan
menonjol keluar. Secara tradisional bahagian ini ialah untuk menebuk dan
mengoyak buah- buahan. Bahagian bawah mata antara bucu ialah kekepak yang
digunakan untuk memotong dan menghiris.
Bahagian ulu
atau pemegangnya yang kami panggil tangkal terdiri dari dua bahagian. Secara
amnya ialah diperbuat dari kayu keras tropika. Ada yang menggunakan nibung
,kemuning dan petai. Di hujungnya pula ialah mata belati kecil. Secara langsung
menjadikan kapak Jawa dua senjata dalam satu., kapak dan belati. Dua mata ini
di baluti dengan sarung kulit atau kayu untuk memastikan ia tidak makan tuan
apabila disimpang di saku, poket, tersorok dalam bengkung dan lipatan tangan
baju atau jadi cucuk sanggul.
Teknik Bertempur
Pertama ialah
lebih efektif dari belati dan Kerambit jika digunakan bertempur dari jarang
jauh. Ini ialah kerana ia boleh
digunakan sebagai senjata untuk dilontar pada lawan yang berada antara
jarak 3 -7 meter. Apabila masuk ke jarak
2 meter dan rapat. Bahagian belatinya digunakan untuk mendapat jangkaun yang
lebih selesa. Untuk jarak jauh dan sederhana mata belati dinaikan keatas dan jadikan
kapak seperti kerambit di bahagian bawah pemegang.
Apabila masuk ke
jarak sederhana dan rapat, bahagian mata kapak dipusing keatas dan belati pula
kebawah. Teknik tumbukan, hentakan dan robekan akan dilakukan oleh mata kapak
dan mata belati di bawah pula membaham sasaran dengan hirisan dan tikaman
pantas.Tidak ketinggalan juga tangkal atau pemegang kapak digunakan untuk
hentakan dijarak rapat jika perlu. Ini ialah untuk sekadar ingin mengajar lawan
bukan bunuh.
Teknik-teknik berkapak kecil HB terbahagi kepada dua kategori. Yang
pertama senjata sulit. Dalam katogeri ini kapak kecil digunakan sebagai senjata
beladiri utama. Ia digunakan untuk bertempur dengan selesa di jarak tempur
sederhana dan rapat. Di sokong dengan kosnep tempur kejutan atau ‘element of
surprise’ lawan hanya akan tahu kita berkapak hanya apabila dia sudah dibaham
di beberapa sasaran merbahaya. Sekali pandang pakar kapak kecil tidak senjata.
Ini menjadikan lawan lebih yakin untuk menguasai keadaan tempur. Apabila
peluang tiba-tiba tumbukan dan hentakan menjadi tojahan mata kapak dan tikaman
mata belati.
KAPAK KECIL/SMALL AXE
Kapak kecil
ialah peralatan harian wanita jawa yang boleh bertukar menjadi senjata
pembinasa apabila memerlukan. Ia adalah senjata sulit srikandi Jawa pada zaman
dahulu.
Ilmu perang
kapak kecil ini diwarisan dari srilandi srikandi zaman silam dan dipraktikan
dalam aliaran harimau berasntai sehingga kini.
Senjata ini
telah di bawa ke Pattani Siam pada abad ke 15 oleh sekeluarga pandai besi dari
Madjapahit. Di sini senjata sulit srikandi ini melalui proses transfomasi dan
evolisi menjadi senjata assassin. Ia amat digeruni dan telah diklasifikasikan
sebagai senjata merbahaya di Malaysia pada pertengahan abad ke 20. Kini ilmu perangmya mula pupus dan ramai
berpendapat ia akan terus hilang bersama pengamalnya yang telah pergi.
Pendita Jak
Othman ialah salah seorang pakar senjata ini yang diwarisi dari ilmu perang
Harimau Berantai. Beliau juga telah menbuat kajian secara terperinci tentang
evolusi senjata ini di Kelantan yang punya kaitan dengan sejarahnya di Pattani
Siam.
Seminar kapak kecil
Jak Othman mengutarakan ilmu perang kapak kecil al;iran Harimau Berantai. Ia
terdiri dari 3 fasa dengan persijilan. Setiap peserta akan diuji sebelum maju
ke fasa seterusnya.
Kapak kecil is
an ancient Javanese ladies’ common tool which turn deadly when situation get
ugly. It is the secret weapon of the Srikandi the lady warrior. The `Kapak
kecil ’destructive art is passed down through the Srikandi of the Harimau
Berantai Clan and remain until today as part of the training syllabus of the
style.
The weapon was brought to Pattani Siam in the 15th
century and later by a family of `pandai
besi’ or blacksmith from Madjapahit Java. Here this srikandi secret weapon has
transform and evolve into a weapon of assassins. It was so popular until the 3rd
quarter of 20th century when the weapon was
band by the authorities. Many believes the art perish together with the experts
by the end of the century.
Pendita Jak Othman is one
of the modern day authority of the weapon which he inherit from the Harimau
Berantai system. He has also done extensive research on the evolution of the
weapon in Kelantan which claim lineage from old Pattani in Siam .
The Jak Othman kapak seminars highlight the
Harimau berantai kapak art of fighting. It consists of 3 phases with certification.
Each participant will be graded before proceeding to the next level.
No comments:
Post a Comment