KERAMBIT : Senjata
Melayu yang Menawan Dunia.
Oleh
Professor Jak Othman.
Kerambit ialah salah satu
senjata tempur jarak rapat yang kini menjadi senjata seni beladiri yang paling
popular di dunia. Senjata ini dipilih oleh pelbagai ejensi ‘sekuriti,
pengawal peribadi dan kumpulan gerak
khas ketenteraan’ di barat sebagai salah satu senjata tempur jarak
rapat yang eksklusif. Kini senjata sulit
Srikandi Melayu sudah keperingkat antarabangsa dan dinobatkan sebagai senjata
seni beladiri yang tersohor alaf ini.
Rafil Rezeki ( 500 tahun)
Siapa Berkerambit?
Tidak semua
pakar silat itu, pakar kerambit. Tidak semua aliran silat menggunakan kerambit.
Yang nyata sekarang terdapat 3 jenis kumpulan pengamal kerambit di dunia.
Pertama, aliran seperti Harimau Berantai
(HB) yang menjadikan kerambit sebagai pelajaran khusus. Senjata yang
dikenali dengan nama Rafil dalam
aliran ini punya ilmu, sains dan petua bertempur tersendiri yang diajar turun
temurun oleh Guru pakar pada murid dan
seterusnya sejak lebih dari 500 tahun yang lalu. Keasliannya dijaga dan
keberkesanannya sebagai senjata pembinasa adalah di tahap maksima.
Kedua, terdapat
aliran silat yang tidak menjadikan kerambit sebagai pelajaran khusus. Guru-guru
dari aliran sebegini menyimpan sebiji dua buah rahsia berkerambit. Mereka ini
tidak dikatogerikan sebagai pakar senjata unik ini. Cuma murid murid yang
dipercayai sahaja akan diajar buah-buah rahsia ini.
Pihak ketiga
ialah aliran seni beladiri yang mengadaptasikan kerambit dalam latihan mereka. Ada
yang berguru dengan pakar kerambit dan ada juga yang mencipta applikasi
kerambit sendiri. Kumpulan ini yang paling banyak diperingkat antarabangsa.
Jika anda di lihat
internet anda akan dapat lihat ramai pengamal pelbagai ilmu beladiri yang
mengelarkan diri mereka pakar kerambit,
majoritinya bukan orang silat. Ada dari seni Kenpo , Jeet Kune do Kung Fu
mendiang Bruce Lee dan paling ramai
ialah dari seni beladiri Filipina seperti Kali,
Eskrima dan Arnis. Mengapa jadi
begini? Pertama, kerambit ialah senjata yang amat merbahya. Ia mampu
mencederakan walaupun digunakan oleh anak-anak. Apabila seni ini dipelajari dari
orang silat dalam seminar dan kursus pendek, mereka yang mengikuti akan tertarik
dan teruja dengan kehebatan senjata ini. Mereka mula mengubah teknik-teknik kerambit
menurut gerak aliran dan citarasa mereka. Para pengamal Jeet Kune Do memang gemar merojakan ilmu beladiri yang mereka sukai
dan kebetulan pengamal aliran seni beladiri Filipina juga berkait rapat dengan Jeet Kune do gemar mencampur aduk ilmu yang mereka pelajari.
Maka lahirlah pakar kerambit di barat
yang bukan dari orang silat. Tapi kerambit ala ‘free style’ yang bukan ‘original.’
Silat &
kerambit
Kumpulan kedua ini
paling ramai di Malaysia. Secara amnya aliran-aliran silat mengajar penuntut
mereka ilmu bertongkat, pisau, parang dan keris. Kemudian diikuti oleh lembing
sebagai penyambung ilmu bertongkat, pedang penyambung ilmu berparang, tekpi, kain
sarung atau cindai dan kemungkinan sabit atau kerambit. Secara amnya kerambit
dianggap senjata sulit dan Guru-guru akan mengajar sebiji dua buah rahsia pada
murid-murid yang paling dipercayai. Tiada pelajaran khusus untuk mempelopori
senjata ini.
Aliran silat Melayu yang datangnya dari Sumatera ,Jawa dan Melaka, majoiriti
berkerambit. Aliran dari Sumatera dan Jawa yang original pasti berkerambit. Tapi
ada juga aliran yang moden dan hybrid
masih mengekalkan ilmu berkerambit sebelum melalui proses evolusi. Oleh kerana Melaka ialah pusat pertembungan budaya sejak kurun ke 15 lagi,
tidak hairanlah silatnya juga mengamalkan budaya hybrid sejak era itu lagi. Kerambit memang diamalkan oleh majoriti
aliran silat Melaka samada pelajaran
khusus atau buah rahsia.
Aliran silat
dari Kedah Tua jarang sekali
berkerambit. Kemungkinan sebab kerambit dalam alam Melayu tua adalah peralatan
hiasan kaum wanita. Bagaimana pula kerambit boleh ujud di Filipina dan Brunei?
Orang Melayu dari Sumatera, Jawa dan Semenanjung
sudah lama berhijrah ke Filipina sejak era Empayer Srivijaya lagi . Maka tidak
hairanlah Kerambit sudah sampai ke negara jiran kita itu. Di Brunei aliran
berkerambit tidak begitu menonjol. Mungkin kerana terdapat banyak seni beladiri
hybrid silat dan kuntau di Borneo.
Guru Maul Mornie dari Silat Suffian sahaja yang popular berkerambit.
Kemungkinan silat beliau silat orang Jawa
atau Sumatera dan kemungkinan juga Melaka. Atau hybrid silat silat tua dari ketiganya sekali. Mungkin juga ia jenis
silat asli orang Melayu Brunei yang telah lama berkerambit. Maafkan saya Guru Maul saya kurang periksa, kita
tidak pernah bersua .Bila ada peluang bertemu nak juga saya tanya beliau
alirannya dari mana? Yang nyata bila saya tonton demo-demo Guru Maul di You-tube,
saya dapati cara penyampai beliau berbeda sedikit dari cara silat Melayu biasa
tapi lebih mirip konsep latihan bertempur seni beladiri Filipina dan Jeet kune Do ala Guro Dan Inosanto. Lebih gaya ‘drill’
dan pemati gerak pertama atau lapisan kedua serangan dan reaksi lawan. Oleh
yang demikian cara dia diminati oleh para pelatih seni beladiri Filipina dan Jeet Kune do berlatih konsep begini.
Saya sangat mengenali cara ini kerana ramai juga murid murid saya di luar
negara adalah dari kaum –kaum yang sama. Tidak pula Guru
Maul mengayakan ala silat Melayu yang melakukan buah penamat. Orang silat
memang ‘renowned’ dengan buah penamat,
kalau dah masuk memang parah dan tidak keluar lagi. Kalau bersilat atau
berpencak pasti ada buahnya. Walaubagaimana pun tahniah buat Guru Maul kerana telah berjaya menarik
minat dua kaum yang saya sebutkan tadi pada silat beliau dan secara langsung menaikan
nama silat di mata dunia.
Jika aliran Silat
itu ada pengaruh China seperti ‘Lian dan
kuntau’ memang ‘confirm’ mereka tidak berkerambit dan jika ada pun ia
adalah tambahan pelajaran dari luar. Mereka ni lebih gemar bertekpi.
Senjata Srikandi
Salah satu sebab
mengapa kerambit tidak begitu popular dibandingkan dengan senjata Melayu lain
di Malaysia ialah kerana ia bukan senjata pendekar yang digunakan dalam keadaan
perang dan pertempuran, malah ia adalah senjata Srikandi Melayu. Senjata sulit
orang perempuan. Srikandi menggunakan untuk mempertahankan diri ketika dalam
kecemasan. Ia disimpan secara rahsia
dalam sanggul, saku, bengkung dan kadang kala dalam pakaian dalaman. Jadi
tidak hairanlah mengapa ramai aliran silat yang berteraskan ilmu pergaduhan
pendekar lelaki tidak begitu popular dengan dengan senjata ini. Oleh kerana ia
dianggap senjata sulit wanita, ilmu bertempurnya sangat dirahsiakan dan ada
yang percaya ia pupus bersama sama guru-guru pakar yang pergi dan tidak sempat
menurunkan ilmu pada generasi seterusnya.
Pakar kerambit
Kumpulan ini
jarang didapati di negara kita. Aliran Harimau
Berantai ,Chemande dan Sunda dari tanah Jawa
adalah aliran dan perguruan yang punya
pelajaran berkerambit secara khusus. Mahaguru
aliran Harimau Berantai Pencak silat
International terkini ialah seorang Srikandi. Maka tidak hairanlah ilmu kerambit sebenar diwariskan
oleh para penuntut aliran ini. Srikandi
Hajah Ramintan Samingon telah menurunkan ilmu berkerambit pada saya
dan kini ilmu ini dipelopori oleh anak anak murid saya di seluruh dunia. Di
antara mereka yang diistiharkan pakar oleh Perguruan Harimau Berantai ialah Pendekar Wan Yusmar dan Pendekar Azilan Ahmad dari Malaysia. Tidak ketinggalan
juga Pendekar Ed Chard dari Australia
dan United Kingdom. Kumpulan pelapis yang kini dilatihan oleh saya sendiri di
ibu pejabat Jak Othman Kickboxing & Martial Arts Studio (JOKMAS) Subang
Jaya bakal menyusuli 3 pendekar ini. Kumpulan yang diketuai oleh Cikgu Niizam dan Cikgu Ilmi yang terdiri dari ramai Srikandi. Di antara Srikandi yang
bakal muncul ialah Puteri, Ruth, Izzati
dan Amira di Subang jaya dan Dini di Trengganu. Begitu juga kumpulan
persaudaraan Bladetech yang sudah bertapak di Terengganu, Johor dan
juga Melaka, insyaallah dalam masa 5 tahun yang akan datang lahirlah pakar kerambit
di negeri negeri ini.
Melalui siri seminar
persaudaran Bladetech yang sedang saya kelolakan di seluruh Malaysia ini , saya
yakin ia akan menlahir lebih ramai
pesilat yang bakal menjadi pakar kerambit satu ketika kelak. Oleh itu, saya
ingat menyeru pada semua anak Malaysia yang berminat dalam ilmu persilatan
untuk tampil kehadapan dan mengikuti seminar serta kelas-kelas kerambit dan banyak lagi senjata Melayu lain
yang bakal saya kelolaankan di pelbagai lokasi diseluruh Negara. Belajarilah
yang original, yang tulen, bukan yang ditiru dan diubahsuai oleh mereka yang
mengenali kerambit setahun jagung. Tidak perlu bawa pakar kerambit dari luar
negara untuk mengajar di Malaysia ni, ramai Guru pakar senjata ini di Malaysia.
Kalau susah nak jumpa, tulis saja nama saya di yahoo atau google.Pasti jumpa
Beres!
Ilmu berkerambit
Harimau Berantai.
Dulu dan sekarang
Menurut Srikandi
Hajah Ramintan, Rafil ialah salah
satu senjata para pendekar Harimau Berantai (HB) ketika mereka dalam
misi untuk berhadapan dengan tentera Belanda di tanah Jawa dalam perang pembebasan
Indonesia. Secara amnya pendekar HB
akan membawa sundang di belakangnya, sao (tekpi), belati atau keris
semangat di pinggang, manakala bukulima , serbuk perang , kapak kecil atau
Rafil
dalam saku. Kadangkala bukulima dan rafil
diikat dihujung kain batek lepas yang mejadi selendang atau bengkungnya.
Yang nyata rafil senjata srikandi ini sudah menjadi
alat pembinasa oleh pendekar HB sejak
berkurun lamanya. Ilmu bertempur senjata inilah yang diamalkan oleh para
penuntut HB sehingga kini. Ilmu
bertempur Rafil dipercayai ujud lebih dari 500 tahun yang
lalu, ia melalui proses evolusi dan mencapai tahap paling efektif ketika pendekar
keturunan ini bertempur dengan penjajah Belanda sejak abad ke 15 lagi. Ilmu ini
digunakan sepenuhnya apabila bertempur di jarak rapat dan membinasa musuh
dengan senyap.
Ilmu
bertempurnya dijaga rapi dan diturunkan pada generasi seterusnya sehinggalah
dipelopori oleh generasi HB masakini
dan pembaca boleh turut mempelajarinya dari saya dan para pendekar bertauliah
seperti diperkenalkan adalam segmen sebelum ini.
Konsep ‘Kill or be killed.’
Teknik bertempur
dengan kerambit tidak ‘fancy’ dan
ranggi seperti ‘Nunchaku’
yang dipelopori oleh mendiang Bruce Lee
dan pisau ‘balisong’ yang
dipopularkan oleh pemgamal seni beladiri Filipina. Lawan kita akan hanya mengetahui kita bersenjata kerambit apabila
kerambit sudah membaham dengan kombinasi
pemusnah di pipi , leher,dada, perut, rusuk dan buah pinggang mereka setelah
atau sebelum mengoyak otot atau sendi
tangan dan kaki mereka serentak. Yang terkena hanya mampu melihat pendekar HB yang berdiri rapat dengannya; kecewa menahan
kesakitan yang tidak terperi. Tidak mampu mengundur. Tiada lagi kemampuan untuk
melawan. Ia cuma mampu rebah menyembah bumi dengan darah yang memancut keluar
dari luka-luka bahaman kerambit itu. Ilmu berkerambit HB
tidak untuk majlis demo silat dan bukan permainan
silat untuk kanak kanak dan remaja. Ia adalah ilmu perang di mana konsep ‘killed
or be killed’ menjadi rujukan.
Bila dilihat
cara para pengamal seni beladiri Filipina berkerambit di You-tube, saya sungguh seronok melihat cara mereka mengayakan
teknik-teknik ‘fancy’ seperti Nunchaku
dan balisong yang diamalkan
mereka. Kerambit diputar masuk dan keluar bergaya sekali. Seolah-olah
menakutkan lawan dengan berkata lihat aku ada kerambit. Berbeda dari kami di
aliran HB, yang meyorokan kerambit yang
bakal membaham lawan bila peluang penamat pertarungan tiba.
Mungkin kerana HB mengamalkan petua berkerambit ala
Srikandi yang tidak gemar menakutkan lawannya dengan taktik mengayakan putaran
kerambit yang ranggi. Kami lebih senang
membaham musuh yang tidak bersedia dengan teknik pembinasa mutlak. Peluang
untuk lawan bertindak balas sangat tipis.
Kenali Ilmu Bertempur Rafil
Dalam HB terdapat 5 cara umum teknik memegang
kerambit. Pemegang pertama ialah mata kebawah. Ini ialah cara paling ‘standard’ dan sesuai untuk bertempur
dalam jarak sederhana dan rapat.
Pemegang kedua ialah dengan matanya
keluar. Kedua teknik pemegang ini
sering menjadi teman berkombinasi ketika
bertempur. Pemegang kedua sesuai untuk tikaman jarak jauh dan juga memotong dan
menghiris di jarak sederhana dan rapat. Pemegang ketiga ialah dengan mata
keatas. Cara ini sesuai untuk teknik teknik jarak jauh , sederhana dan rapat.
Tapi cara HB berbeza dari cara
kumpulan kumpalan berkerambit yang lain. Kami menggunakan jari hantu untuk
dimasukan ke lubang ulu, manakala yang lain menggunakan jari kecil. Cara HB memberi kelebihan jangkauan
kerambit anda
untuk tempur jarang jauh dan sederhana. Dari cara ini, kita boleh ke pemegang
keempat yang lebih dikenali sebagai cara menyimpan kerambit dari pemegang
ketiga. Cara ini memang cantik untuk teknik teknik jarak rapat. Pemegang kelima HB ialah cengkaman harimau yang paling sesuai untuk teknik pegangan
kuncian tangan dan kaki dan sasaran-sasaran lembut di tubuh lawan. Bila
dicengkam mata kerambit akan dibenam kesasaran dan direntap keluar.
Dengan lima cara
pemegang ini, bertempur dengan rafil HB
digaluri dengan konsep, strategi dan teknik bertarung yang diperhalusi berkurun
lamanya. Untuk artikel ini saya akan bincangkan 2 konsep tempur rafil HB. Sebelum anda terus membaca
ingin saya utarakan kata kata Srikandi
Hajah Ramintan sebelum beliau mula mengajar saya ilmu perang senjata
tajam HB.’ Saya boleh mengajar kamu
mencederakan lawan dengan ribuan teknik senjata tajam pendekar Jawa. Tapi ingat
jika lawan kamu mati tiada sesiapa
yang boleh menghidupkannya kembali. Ingat! Fikir habis habisan sebelum kamu membuat keputusan untuk bertempur
dengan senjata tajam.’, kata beliau. Sebenarnya guru tua ini mahu
mengingatkan saya bahawa ilmu bertempur dengan senjata tajam cara HB sungguh merbahya kerana aliran ini mengajar
kita cara bertempur dalam keadaan sebenar bukan untuk buat demo di majlis
keramaian. Lagi cepat lawan tewas dan tidak mampu bertarung lagi baik! Setiap
pelatih HB dididik supaya punya budi
pekerti mulia ,tahap kesabaran yang tinggi dan iman yang cukup kuat, kerana
bila rantai sudah tiada lagi sang harimau akan menjadi sungguh merbahaya.
Kejutan :Element of surprice.
Strategi pertama
Rafil ialah kejutan. Dengan konsep element of surprice ini pakar kerambit
akan bertindak dengan gerak pembinasanya apabila musuh tidak menduga. Musuh
akan merasakan tiada bahaya langsung.
Contohnya tindakan dari belakang. Muka lawan di dipaut dari belakang dengan jari mencengkam mata, dengan cara
pemegang kedua leher lawan ditebuk dan dikelar keliling. Segera susuli dengan
langkah kedua tumbuk kedalam buah pinggang dan potong kearah lubang punggung.
Lawan yang dibahaman kerambit begini, peluang untuk melawan sudah tersangat
tipis.
Contoh kedua
ialah dengan menyerang lawan dari tepi di mana anda berada di titik buta atau
‘blind spot’nya. Dengan menggunakan tangan terdekat dengannya, libas rafil anda
yang dipegang dengan cara 1,2 atau 3 merobek bahagian tepi leher lawan. Segera rapat ke bahagian
belakang dan tamatkan serangan dengan membaham bahagian sisi perut dan tikaman
ke buah pinggang. Sasaran seterusnya ialah sendi pelipat kaki atau lutut supaya
dia rebah tidak bertindak melawan lagi.
Padam lampu
Strategi kedua
ialah ‘padam lampu’. Jika dalam kegelapan yang tiada setitik cahaya pun, lawan
akan berada dalam keadaan buta
sementara sebelum setiap deria lain mula berfungsi. Di saat inilah dia berada
dalam keadaan merbahaya, ‘sitting duck’ kata orang London.
Pendekar HB akan bertindak segera
apabila saat ini muncul.
Lampu yang
dimaksudkan ialah otak musuh. Jika tempurung kepala lawan dihentak keras otak
boleh tercedera. Apabila otak tercedera,
seluruh badan akan menjadi lemah. Begitu juga jika mata tercedera akibat
tusukan kerambit, otak akan menjerit kesakitan membuat lawan buta sementara atau selamanya. Begitu juga dengan
leher yang tercedera. Jika dibahagian belakang seluruh saraf tulang belakang
kurang berfungsi. Jika bahagian tepi darah akan terhenti ke otak. Di bahagian
depan pula akan merosakan saluran pernafasan dan oksigen akan terhenti untuk ke
otak. Akibatnya otak akan hilang fungsi menyebabkan lawan menyembah bumi.
Ikuti seminar
kerambit melalui siri seminar persaudaraan Bladetech.
Untuk mengenali
ilmu berkerambit HB silalah ikuti siri seminar seminar saya yang dianjurkan
oleh Kumpulan Persaudaraan Bladetech di seluruh Negara. Sesiapa yang berminat
boleh rujuk terus pada blog kami di segmen seminar untuk mengetahui
tarikh-tarikh dan lokasi seminar. Jika
anda berminat untuk membawa seminar
persaudaraan bladetech kerambit ketempat anda sila hubungi saya terus di talian
013-3626561 atau e-mail jak_othman@ymail.com. Saya akhiri
artikel ini disini. Kita bertemu lagi dalam artikel seterusnya iaitu seni Belati. Jumpa lagi.
Jak
Othman
13
Mac 2013 Pulau Perhentian
Amaran:
Pihak JOKMAS dan pengurusan blog ini tidak bertanggung jawab di atas sebarang kecederaan yang dialami oleh pembaca artikel-artikel kami jika mereka mencuba teknik teknik dipaparkan tanpa pengawasan pakar Harimau Berantai. Kalau berminat untuk belajar datang ke seminar dan kelas kami.
Disclaimer
JOKMAS and our blogger are not responsible for any injuries incurred by the readers of our articles who tried to apply the techniques highlighted without the supervision of Harimau berantai experts. All interested readers should come and learn from the experts at our seminar & classes.
Kerambit senjata seni beladiri abad ini
Kerambit
kemungkinan besar ialah senjata seni beladiri bangsa Melayu yang paling terkenal
di dunia. Keberkesanannya untuk bertempur begitu menyerlah sekali. Ia telah
mengemparkan dunia seni beladiri antarabangsa pada awal tahun 90an apabila ia
diperkenalkan oleh segelintar pakar dari Dunia Melayu. Salah seorang dari
mereka yang telah memperkenalkan senjata Melayu unik ini ialah Pendita Jak
Othman dari Pencak silat Harimau Berantai Antarabangsa.
Ramai ahli
beladiri mengunakan kerambit sebagai alat tambahan yang dipegang di tangan.
Tapi bagi ahli harimau berantai , kerambit mempunyai dunianya yang tersendiri. Ia
punya teknik teknik yang unik , falsafah tempur dan strategi yang perlu
dipelajari dari seorang pakar dan diterokai dibawah tujuk ajar beliau. Ia
adalah satu subjek khusus dan seni yang tersendiri. Pendekar harimau berantai
ialah pakar sais bertempur dengan senjata kerambit.
assalamualaikum tuan guru..
ReplyDeleteDimana saya boleh mencari dan berguru dengan tuan guru. Teknik kerambit ini bukan sahaja minat bagi saya malah satu keperluan bagi kerja dan hidup saya.