SMALL AXE


KAPAK KECIL : SENJATA TUA WANITA KE SENJATA ASSASSIN 
oleh Pendita Jak Othman




Apabila disebut kapak kecil ramai akan terbayang senjata kecil yang terkenalkan di Kelantan dan  utara semenanjung. Kepak kecil, kapak Siam, kapak binjai manis dan kapak bungkus ialah nama nama yang sering digunakan untuk mengenal pasti senjata assassin yang sungguh digeruni di sana. Sebenarnya ia adalah senjata sulit yang diimpot dari tanah Jawa.


Sejarah

Menutut kajian saya di negeri Siti Wan Kembang @ Cek Mek Molek ni, saya akan utarakan secara ringkas hasil kajian saya untuk rujukan bersama. Pertama sumber-sumber kajian meminta saya rahsiakan identiti mereka diatas sebab –sebab tertentu. Harap maklum.

Tahukah anda kapak kecil ialah alat harian yang digunakan oleh kaum wanita jawa untuk mengopek kulit pinang dan memotong buah-buah ketika bersantai. Model ini telah di bawa oleh sekeluarga pandai besi dari Jawa yang berhijrah ke Pattani di utara Semenanjung pada abad ke 15 apabila Raja Melayu Kesultanan Pattani memohon jasa baik kerajaan Madjaphit bantuan untuk membuat senjata demi mempertahankan negara dari ancaman Siam. Maka berpindah lah kapak  kecil dari Jawa ke Pattani.   

Kehadirannya disambut baik oleh segelintir kaum tempatan yang mempeloporinya sebagai senjata sulit. Salah seorang pandai besi itu Pandai Jenal@Joh tinggal di kampong Binjai manis di Pattani.  Dari beliaulah model kapak binjai manis tercipta dan popular sehingga kini. Oleh kerana  daerah Pattani kini menjadi jajahan Siam, alat ini dinamakan kapak siam oleh orang-orang Melayu di utara semenanjung. In memng satu kes lembu punya susu sapi yang dapat nama.    

Kehadiran keluarga pandai besi bangsa Jawa ini juga telah mempengaruhi pembikinan senjata senjata di Kelantan Tua. Salah seorang keturunan pansai besi empat beradik tadi, Pandai Mamat telah beerhijrah ke Kelantan dan aktif berkarya di tahuin 1700-1800. Maka lahirlah kapak –kapak model Kelantan yang di panggil Kapak kecil, kapak bungkus dan kapak terbang.


Senjata Assasin

Reka bentuk dan saiznya yang menjadi faktur utama senjata ini menjadi pilihan para pembunuh upahan di Pattani dan Kelantan tua sejak kehadirannya di utara semenanjung. Pembunuh upahan akan diberi maklum tentang mangsanya. Setelah dia  membuat kajian tentang personaliti dan rutin kehidupannya, baru dia memilih jenis kapak yang bakal digunakan dan membuat keputusan tarikh, masa dan tempat untuk melakukan pekerjaannya.

Strategi yang digunakan oleh kumpulan ini ialah ‘element of surprice.’ Tidak berlawan cara berhadapan, malah memukul curi dari tepi, belakang atau dilontar dari jauh. Cara umum ialah pembunuh jalanan akan menunggu mangsa di kawasan yang sunyi dan gelap. Dia akan menyorok di belakang pokok, semak samun atau bangunan yang akan dilalui oleh mangsa. Apabila mangsa melintasi dia akan mengapak  di bahagian belakang atau tepi mangsa memotong arteri leher atau urat tengkok yang akan segera merebahkan lawan. Ada juga yang memilih dahi dan bahagian atas telinga sebagai sasaran jika ingin mengajar bukan membunuh.
Kadangkala kerja –kerja pembunuh upahan ini dilakukan dikelayak ramai di mana tempat yang dipilih penuh sesak seperti di majlis keramaian. Dalam keadaan begini kapak bungkus menjadi pilihan. Saiz nya lebih kecil dan dibungks dengan kain. Ia dilakukan apabila jalan berselisihan atau dihentak saja dari belakang. Konsep sasaran dan teknik Bahaman sama, bergantung pada hajat untuk mangsa mati atau diajar supaya beringat selepas ini.

Jenis ketiga ialah kapak terbang. Jenis ini dipercayai digunakan untuk membunuh atau mencederakan mangsa yang dijaga rapi oleh para pengawal peribadi. Mata kapak dilontar dari jauh pada bahagian kepala mangsa. Dari kajian yang saya kelolakan dengan keturunan pembunuh upahan ini di Kelantan saya dapati terdapat dua jenis kapak terbang. Pertama ia bertali. Menurut sumber ini  kapak terbang bertali digunakan oleh pembunuh yang ilmu kebatinan dan skil melontar yang tinggi. Kapak di lontar pada sasraan dan apabila mengena ia akan ditarik kembali dan disambut oleh pembunuh pakar itu. Jenis kedua ialah tanpa tali dan ia di lontar pada sasaran seperti bintang shuriken ninja di Jepun. Kena tau tidak pada sasaran , mata kapak itu tidak akan kembali pada tuannya.

Kesimpulannya di Pattani dan Kelantan terdapat para pandai besi yang mewarisi ilmu pembikinan senjata ini. Manakala  kumpulan pembunuh upahan mula pupus sejak 1970 di mana kerajaan Malaysia mengistiharkan senjata ini sebagai senjata merbahaya dan di dapati bersalah jika di bawa dikelayak ramai. Kini yang tinggal ialah keturunan pembunuh upahan sahaja yang tidak aktif dan tidak lagi mewarisi ilmu assassin yang praktikan oleh bapa atau datuk moyang mereka. Tapi yang nyata ialah kalau dilihat dari susun galur Jawa-Pattani-Kelantan yang ujud ialah ilmu assassin tidak ilmu perangnya. Di tanah Jawa kapak kecil ialah satu senjata tempur sulit seperti Kerambit dan badek. Ilmu bertarung dengan senjata comel ini tidak ujud di sini. Saya mewarisi ilmu bertarung senjata kecil ini dalam aliran HB dari seorang Srikandi keturunan Jawa yang pakar dalam ilmu, sains dan teknilk bertempurnya.


Belajar dari Mak Intan

Saya mula mempelajari ilmu kapak kecil ini setelah khatam kerambit dan belati dari kakak saudara saya Hajah Ramintan Samingon di Gunung Ledang. Menurut beliau senjata ini tidaklah sepopular belati atau kerambit tetapi bagi yang mengenalinya pastikan akan jatuh cinta dengan kehalusan seni dan keberkesanan ilmu bertempurnya. Pada penghujung bulan April 1986 saya mula menuntut ilmu kapak jawa@ kapak kecil dari beliau.              
Kebetulan ketika itu saya sungguh kepingin untuk belajar ilmu assassin kapak kecil Kelantan yang sering digelar kapak Siam di sana. Tetapi tidak berkemampuan dan tidak kesampaian ketika itu. Saya berpeluang membuat kajian saya mengenai kapak versi ini sejak 2005. Yang nyata kapak kecil HB ilah senjata tempur jarak sederhana dan rapat yang sungguh hebat. Saya yakin bagi mereka yang mempelajarinya dalam seminar-seminar saya pasti akan teruja dengan kesohoran senjata dari tanah Jawa ini.


Kapak Kecil Ala Harimau Berantai

Menurut Srikandi Hajah Ramintan Samingon, kapak kecil ialah ala santai srikandi Jawa. Untuk mengenalinya dengan lebih dekat kita perlu mengenali anatominya. Pertama matanya. Mata kapak Jawa lebih mirip Kapak binjai manis. Kepala atau bahagian atas berbentuk empat segi, sangat sesuai untuk mengetuk, menepis dan menangkis sasaran kaki atau tangan yang menyerang. Matanya tirus dan mengembang kebawah.  Dua bucu matanya tajam dan menonjol keluar. Secara tradisional bahagian ini ialah untuk menebuk dan mengoyak buah- buahan. Bahagian bawah mata antara bucu ialah kekepak yang digunakan untuk memotong dan menghiris.

Bahagian ulu atau pemegangnya yang kami panggil tangkal terdiri dari dua bahagian. Secara amnya ialah diperbuat dari kayu keras tropika. Ada yang menggunakan nibung ,kemuning dan petai. Di hujungnya pula ialah mata belati kecil. Secara langsung menjadikan kapak Jawa dua senjata dalam satu., kapak dan belati. Dua mata ini di baluti dengan sarung kulit atau kayu untuk memastikan ia tidak makan tuan apabila disimpang di saku, poket, tersorok dalam bengkung dan lipatan tangan baju atau jadi cucuk sanggul.


Teknik Bertempur

Pertama ialah lebih efektif dari belati dan Kerambit jika digunakan bertempur dari jarang jauh. Ini  ialah kerana ia boleh digunakan sebagai senjata untuk dilontar pada lawan yang berada antara jarak  3 -7 meter. Apabila masuk ke jarak 2 meter dan rapat. Bahagian belatinya digunakan untuk mendapat jangkaun yang lebih selesa. Untuk jarak jauh dan sederhana mata belati dinaikan keatas dan jadikan kapak seperti kerambit di bahagian bawah pemegang.

Apabila masuk ke jarak sederhana dan rapat, bahagian mata kapak dipusing keatas dan belati pula kebawah. Teknik tumbukan, hentakan dan robekan akan dilakukan oleh mata kapak dan mata belati di bawah pula membaham sasaran dengan hirisan dan tikaman pantas.Tidak ketinggalan juga tangkal atau pemegang kapak digunakan untuk hentakan dijarak rapat jika perlu. Ini ialah untuk sekadar ingin mengajar lawan bukan bunuh.

Teknik-teknik  berkapak kecil  HB terbahagi kepada dua kategori. Yang pertama senjata sulit. Dalam katogeri ini kapak kecil digunakan sebagai senjata beladiri utama. Ia digunakan untuk bertempur dengan selesa di jarak tempur sederhana dan rapat. Di sokong dengan kosnep tempur kejutan atau ‘element of surprise’ lawan hanya akan tahu kita berkapak hanya apabila dia sudah dibaham di beberapa sasaran merbahaya. Sekali pandang pakar kapak kecil tidak senjata. Ini menjadikan lawan lebih yakin untuk menguasai keadaan tempur. Apabila peluang tiba-tiba tumbukan dan hentakan menjadi tojahan mata kapak dan tikaman mata belati.





KAPAK KECIL/SMALL AXE






Kapak kecil ialah peralatan harian wanita jawa yang boleh bertukar menjadi senjata pembinasa apabila memerlukan. Ia adalah senjata sulit srikandi Jawa pada zaman dahulu.
Ilmu perang kapak kecil ini diwarisan dari srilandi srikandi zaman silam dan dipraktikan dalam aliaran harimau berasntai sehingga kini.

Senjata ini telah di bawa ke Pattani Siam pada abad ke 15 oleh sekeluarga pandai besi dari Madjapahit. Di sini senjata sulit srikandi ini melalui proses transfomasi dan evolisi menjadi senjata assassin. Ia amat digeruni dan telah diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya di Malaysia pada pertengahan abad ke 20.  Kini ilmu perangmya mula pupus dan ramai berpendapat ia akan terus hilang bersama pengamalnya yang telah pergi.

Pendita Jak Othman ialah salah seorang pakar senjata ini yang diwarisi dari ilmu perang Harimau Berantai. Beliau juga telah menbuat kajian secara terperinci tentang evolusi senjata ini di Kelantan yang punya kaitan dengan sejarahnya di Pattani Siam.

Seminar kapak kecil Jak Othman mengutarakan ilmu perang kapak kecil al;iran Harimau Berantai. Ia terdiri dari 3 fasa dengan persijilan. Setiap peserta akan diuji sebelum maju ke fasa seterusnya.       



Kapak kecil is an ancient Javanese ladies’ common tool which turn deadly when situation get ugly. It is the secret weapon of the Srikandi the lady warrior. The `Kapak kecil ’destructive art is passed down through the Srikandi of the Harimau Berantai Clan and remain until today as part of the training syllabus of the style.

The weapon  was brought to Pattani Siam in the 15th  century and later by a family of `pandai besi’ or blacksmith from Madjapahit Java. Here this srikandi secret weapon has transform and evolve into a weapon of assassins. It was so popular until the 3rd quarter  of  20th century when the weapon was band by the authorities. Many believes the art perish together with the experts by the end of the century.

Pendita Jak Othman is one of the modern day authority of the weapon which he inherit from the Harimau Berantai system. He has also done extensive research on the evolution of the weapon  in Kelantan which claim  lineage from old Pattani in Siam.

The Jak Othman kapak seminars highlight the Harimau berantai kapak art of fighting. It consists of 3 phases with certification. Each participant will be graded before proceeding to the next level.     



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...